![]() | ||||||
| Generasi pelopor 1983 |
| Generasi kedua 1984 |
![]() |
| Generasi ketiga 1985 |
![]() |
| Generasi keempat 1986 |
![]() |
| Generasi kelima 1987 |
AGAKNYA KHABAR APA KALIAN KINI?
Lima gambaq di atas adalah hasil perjumpaan kita pada 4 Disember 2010. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar dengan pertolongan Allah. Yang mai aku agak semuanya berpuas hati. Andai ada yang kurang mohon dimaafi. Kelab kita baru bertatih. Banyak kekurangannya. Kita belajar daripada pengalaman. InsyaAllah lepas ni mungkin bertambah baik.
Tabik hormat kepada pelopor atau old timer (otai). Walau yang datang tidak ramai namun komitmen mereka sangat diperlukan ketika kelab amat menagih sokongan daripada semua bekas pelajar. Kepada Bakri, Ramli, Ruslan, Zakaria, Zeera, Khiril Anuar dan Norizah - kami adik-adik kalian mengucapkan terima kasih kerana menyertai perhimpunan ini.
Bagi generasi kedua dan seterusnya, kalian hebat. Tahniah untuk kita kerana sudi memeriahkan perhimpunan ini dalam serba kekurangan. Tanpa sokongan semua, perhimpunan ini ibarat impian. Dan dokongan kalian menjadikan ia satu kenyataan.
Kepada bekas guru kita - Cikgu Subri Mahayudin, Cikgu Zubir Abdul Rashid, Cikgu Ismail Lazim dan Pengetua, Cikgu Roshaidi Mustafa - anak murid kalian terharu atas kelapangan cikgu menghadiri perhimpunan ini.
Apabila masing-masing menginjak dewasa, maka kenangan manis musim remaja paling tidak terlupakan ialah zaman persekolahan. Maka itu, Kelab Alumni SMKSAB diwujudkan agar kita sama-sama dapat melampiaskan ingatan itu.
Aku mohon, ikatan yang tersimpul melalui perhimpunan ini hendaknya tidak menemui jalan buntu. Bersama kita menjayakannya pada masa akan datang.
Akhirul kalam, aku sudahi dengan anekdot '...agaknya khabar apa kalian kini...?
Jumpa lagi...!




syabas ji, semakin berkembang site kita ni
ReplyDeleteMiebal...
ReplyDeletetengkiu atas sapot...
hehehe ...bila pulak nak jumpa lagu ni..????
ReplyDeletepatehah...
ReplyDeleteinsyaAllah tengah bulan ni...