Monday, January 24, 2011

3rd REUNION ALUMNI

sebahagian geng kita dan bekas guru yang sanggup luang masa hadir


ASSALAMUALAIKUM semua sahabat jauh dan dekat..
.

Hampir kita terlupa pada blog ni. Dah dekat setahun dah. Nasib baik masa dok belek2 blog kawan lain, teringat blog sendiri yang tak dikemaskini. Maklumlah...kerap sangat mengadap kepala ikan kedai mamak dan jugak rumah mak.

Ni nak cerita sikit pasai 3rd reunion sekolah kita yang diadakan pada 4 Disember 2010. Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar walaupun ada satu dua benda yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki. Sambutan daripada rakan-rakan bekas pelajar sekolah juga amat memberangsangkan. Terima kasih kerana hadir memeriahkan. Peningkatan kehadiran rakan-rakan adalah sekali ganda daripada 1st dan 2nd reunion yang kita buat pada Julai dan Disember 2007. Tahun 2008 dan 2009 reunion kita tidak dapat diadakan atas beberapa masalah.

3rd reunion adalah sejarah. Ia menghimpunkan generasi sekolah daripada pelopor hingga junior. Dalam kata lain, ia dihadiri old timer (otai) yang merupakan generasi pertama sekolah. Dan diikuti empat generasi lagi iaitu 1984, 1985, 1986 dan 1987. Kita sangat-sangat berharap 4th reunion nanti (dijangka penghujung tahun 2011) generasi selepas 1987 hingga yang terkini dapat meluangkan masa bertemu rakan lama.

Bekas guru (dan selamanya guru kita) yang hadir memberi semangat ialah Cikgu Subri Mahayuddin, Cikgu Ismail Lazim dan Cikgu Zubir Abdul Rashid serta pengetua, Cikgu Rosaidi Mustafa. Jasa mereka akan selalu dikenang.

Dengan motto 'dari kita untuk kita', besar harapan ahli jawatankuasa alumni melihat peningkatan demi peningkatan kehadiran nanti. Harapnya tiada perasaan malu, rendah diri, segan atau curiga. Dan minta dijauhkan sikap angkuh, riak, sombong, berasa hebat dan takbur.

Kita berkeyakinan, jika sekalian sahabat memberi sokongan, dokongan dan dorongan, tiada sebab alumni sekolah tidak dapat dikembangkan. Mari kita bersama-sama buktikan alumni sekolah akan tetap wujud dan dapat pula diwarisi generasi selepas kita. Ini sekolah kita. Ini penyatuan kita. Ini wadah kita. Ini semangat kebersamaan kita, Ini pemangkin mengeratkan hubungan ukhuwah antara kita.

Akhirnya...seberkas lidi itu lebih kukuh, utuh, tegap dan tegar berbanding hanya sebatang. Jumpa lagi, insyaAllah...!