Wednesday, January 18, 2012

MAI PEKENA KAWAN

MOHD SHUHIMI: Alamak...bini pong masa le ni la nak pangge kelek pong. Gu mana nak buwat ni? Tak kelek tido lua, kalu kelek ka memba kutok takok bini. Ku delang dilema...
ZERO: Zamry (sebot Zamrai)...hang tengok hat ni, aku hambek hat tu...hang tengok situ, aku hambek sini. Macam ni kalu buat reunion ari2 pon aku sokong.
Hang toksah dok belakon la Zamry (sebot Zamrai) oi. Aku tau dalam paket seluaq depan hang ada 3 ketoi paha ayam. paket belakang ada nasik ayam. Paket t-shirt pon hang gamak boh jugak ayaq oren tu noo. Hang betoi2 tak senonoh...
Tanpa menghiraukan rayuan Dahlia, Wan Azimah dengan lahapnya menyonglap nasik ayam untuk disembunyikan dalam tapawe hasel cabutan betuah. Dahlia dalam keadaan terpaksa maseh sempat tersenyum walaupon hatinya berdebar-debar takot nasik ayam habeh dirembat Wan Azimah...

Wednesday, January 11, 2012

SINAR HARIAN 16 JUN 2010

BERITA HARIAN 18 JUN 2010


JOM BALING BOLING WOI...!

Bila tengok balik gambar dalam surat khabar ni dan-dan berasa nak hawing lagi bola boling yang bulat comel lote tu. Cadang nak buat tahun lalu tapi kekangan masa selalu membataskan impian. Tak jadi. Untuk post entry 2012 ni saja la aku aplot gambaq macam ni. Niat aku satu - nak prangat hangpa supaya join bila kita adakan acara hawing-menghawing bola boling bagi kena pin yang sepuluh tu. Tapi awas...kalau masuk longkang tu sendiri tanggung malu aaa...

Jadi, sapa-sapa yang berasa dah terer tak ingat tu sila la berlatih mulai sekarang. Dan sapa-sapa yang kurang terer tu sila berlatih dengan yang dah terer (aku la tu). Juga sapa yang tak terer langsung tu digalakkan hadir dan menyertainya bagi memeriahkan majlis dan untuk menjadi bahan gelak.

Tunggu apa lagi woi...ada berani...? Hahahaha (ni gelak takbur)...

Sunday, February 13, 2011

1st Reunion

SINAR HARIAN 20 NOVEMBER 2008




Rencana berkenaan alumni kita yang berjaya diterbitkan dalam akhbar Sinar Harian sempena perayaan Jubli Perak sekolah. Ini kali pertama rakan-rakan bekas pelajar sekolah bertemu selepas lebih 20 tahun di haluan masing-masing dengan kerjaya yang menuntut komitmen.

Pertemuan dilakukan dalam kelas (dahulunya tapak letak basikal) berhampiran asrama. Masing-masing teruja. Bertanya khabar. Bergurau senda. Cuba mengembalikan suasana ketika sama-sama masih bergelar pelajar. Semuanya berasa seronok. Tiada ucapan khusus yang dapat digambarkan. Sebahagian foto dalam akhbar ini menceritakan.

Monday, January 24, 2011

3rd REUNION ALUMNI

sebahagian geng kita dan bekas guru yang sanggup luang masa hadir


ASSALAMUALAIKUM semua sahabat jauh dan dekat..
.

Hampir kita terlupa pada blog ni. Dah dekat setahun dah. Nasib baik masa dok belek2 blog kawan lain, teringat blog sendiri yang tak dikemaskini. Maklumlah...kerap sangat mengadap kepala ikan kedai mamak dan jugak rumah mak.

Ni nak cerita sikit pasai 3rd reunion sekolah kita yang diadakan pada 4 Disember 2010. Alhamdulilah. Semuanya berjalan lancar walaupun ada satu dua benda yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki. Sambutan daripada rakan-rakan bekas pelajar sekolah juga amat memberangsangkan. Terima kasih kerana hadir memeriahkan. Peningkatan kehadiran rakan-rakan adalah sekali ganda daripada 1st dan 2nd reunion yang kita buat pada Julai dan Disember 2007. Tahun 2008 dan 2009 reunion kita tidak dapat diadakan atas beberapa masalah.

3rd reunion adalah sejarah. Ia menghimpunkan generasi sekolah daripada pelopor hingga junior. Dalam kata lain, ia dihadiri old timer (otai) yang merupakan generasi pertama sekolah. Dan diikuti empat generasi lagi iaitu 1984, 1985, 1986 dan 1987. Kita sangat-sangat berharap 4th reunion nanti (dijangka penghujung tahun 2011) generasi selepas 1987 hingga yang terkini dapat meluangkan masa bertemu rakan lama.

Bekas guru (dan selamanya guru kita) yang hadir memberi semangat ialah Cikgu Subri Mahayuddin, Cikgu Ismail Lazim dan Cikgu Zubir Abdul Rashid serta pengetua, Cikgu Rosaidi Mustafa. Jasa mereka akan selalu dikenang.

Dengan motto 'dari kita untuk kita', besar harapan ahli jawatankuasa alumni melihat peningkatan demi peningkatan kehadiran nanti. Harapnya tiada perasaan malu, rendah diri, segan atau curiga. Dan minta dijauhkan sikap angkuh, riak, sombong, berasa hebat dan takbur.

Kita berkeyakinan, jika sekalian sahabat memberi sokongan, dokongan dan dorongan, tiada sebab alumni sekolah tidak dapat dikembangkan. Mari kita bersama-sama buktikan alumni sekolah akan tetap wujud dan dapat pula diwarisi generasi selepas kita. Ini sekolah kita. Ini penyatuan kita. Ini wadah kita. Ini semangat kebersamaan kita, Ini pemangkin mengeratkan hubungan ukhuwah antara kita.

Akhirnya...seberkas lidi itu lebih kukuh, utuh, tegap dan tegar berbanding hanya sebatang. Jumpa lagi, insyaAllah...!

Tuesday, February 23, 2010

SIAPA DIA NI? NAK TAU...RAJIN-RAJIN LA ZIARAH BLOG KITA...


Sapa ni...? Hangpa kenai ka? Pernah jumpa ka mangkok hayon ni? Di mana? Tong Sampah? Kaki lima? Lorong belakang? Kedai ekoq? Tunggu...pendedahan selanjutnya dalam entry seterusnya. Kita tengah semak sejarah dia ni. Sabar...KOMEN bukan ROMEN!

Monday, February 22, 2010

KANDID KANDOS KANTOI...


Cikgu Bakaq: Tu dia la. Dulu kutuk sangat cikgu la ni hang sindri jadi cikgu. Camana? Buleh ka ngajaq? Reti ka?
Razi: Ha...ha...ha...ha...ha...(kontrol kesivikan aku...)



Cari punya cari kita terjumpa gambar ini. Let us describe sket pasal gambar tu. Tarikh ambek pada 07 April 2007 bersempena dengan Jubli Perak SMKSAB. Ini la meeting/ghatering/face to face buat pertama kali ahli kelab yang tak jumpa lebih 15 tahun. Jangka waktu yang panjang. Masa ni masing-masing teruja (kecuali Zuhdi n Rodi) yang asyik dok tanya 'bila nak makan?'.

Kita yang tak berdosa dan suci murni dan tak tau apa-apa ni dipaksa menerima jawatan tanpa elaun sebagai presiden penaja kelab. Kita tak mau. Tapi Rodi kata...'tak terima tak balik rumah, tak balik rumah tak jumpa anak bini...!' Jadi, dalam keterpaksaan kita terima juga (jaga hang Rodi...ada peluang kita picit perot hang tu...).

Yang dalam gambar tu paling kanan Idham Khalil batch '86. Yang dok gelak sakan tu (kita tak tau sama ada gelakkan diri sindri atau saja-saja nak gelak) Razi, dah jadi cikgu dia tu. Skema abeh. Cakap pun berlapik la ni. Kalau tak lapik tola kurang-kurang dia lapik sapu tangan. Sivik 000...

Paling kiri sapa lagi kalau bukan cikgu otai kita, Cikgu Abu Bakar Mohamad (Cikgu Bakaq Yamaha Biru...nombor plate kita lupa. Ada lagi ka motor tu cikgu?).

Yang tengah membelakangkan kamera ialah Rodi. Masa kita fokus, dia sengaja pusing badan. Katanya, tak suka glamor. Sudahlah Rodi...kita tau la rahsia hang. Ubat kempis perot dah abeh dah ka?

Macam biasa, KOMEN bukan ROMEN berkenaan entry ni...