Tuesday, February 23, 2010

SIAPA DIA NI? NAK TAU...RAJIN-RAJIN LA ZIARAH BLOG KITA...


Sapa ni...? Hangpa kenai ka? Pernah jumpa ka mangkok hayon ni? Di mana? Tong Sampah? Kaki lima? Lorong belakang? Kedai ekoq? Tunggu...pendedahan selanjutnya dalam entry seterusnya. Kita tengah semak sejarah dia ni. Sabar...KOMEN bukan ROMEN!

Monday, February 22, 2010

KANDID KANDOS KANTOI...


Cikgu Bakaq: Tu dia la. Dulu kutuk sangat cikgu la ni hang sindri jadi cikgu. Camana? Buleh ka ngajaq? Reti ka?
Razi: Ha...ha...ha...ha...ha...(kontrol kesivikan aku...)



Cari punya cari kita terjumpa gambar ini. Let us describe sket pasal gambar tu. Tarikh ambek pada 07 April 2007 bersempena dengan Jubli Perak SMKSAB. Ini la meeting/ghatering/face to face buat pertama kali ahli kelab yang tak jumpa lebih 15 tahun. Jangka waktu yang panjang. Masa ni masing-masing teruja (kecuali Zuhdi n Rodi) yang asyik dok tanya 'bila nak makan?'.

Kita yang tak berdosa dan suci murni dan tak tau apa-apa ni dipaksa menerima jawatan tanpa elaun sebagai presiden penaja kelab. Kita tak mau. Tapi Rodi kata...'tak terima tak balik rumah, tak balik rumah tak jumpa anak bini...!' Jadi, dalam keterpaksaan kita terima juga (jaga hang Rodi...ada peluang kita picit perot hang tu...).

Yang dalam gambar tu paling kanan Idham Khalil batch '86. Yang dok gelak sakan tu (kita tak tau sama ada gelakkan diri sindri atau saja-saja nak gelak) Razi, dah jadi cikgu dia tu. Skema abeh. Cakap pun berlapik la ni. Kalau tak lapik tola kurang-kurang dia lapik sapu tangan. Sivik 000...

Paling kiri sapa lagi kalau bukan cikgu otai kita, Cikgu Abu Bakar Mohamad (Cikgu Bakaq Yamaha Biru...nombor plate kita lupa. Ada lagi ka motor tu cikgu?).

Yang tengah membelakangkan kamera ialah Rodi. Masa kita fokus, dia sengaja pusing badan. Katanya, tak suka glamor. Sudahlah Rodi...kita tau la rahsia hang. Ubat kempis perot dah abeh dah ka?

Macam biasa, KOMEN bukan ROMEN berkenaan entry ni...

AMBOI...SOPANNYA! SILA KOMEN...

Deskripsi gambar: (duduk dari kiri) Fairuz, Norazizah Che Ya, Norliza Hasim, Fatihah Ahmad, Faizatul Aini Ahmad, Wan Azimah Idris, er...er...lupa nama (sori...).

(berdiri dari kiri) Razi Shahabudin, Cikgu Saad Chin, former headmaster Cikgu Shahabudin, Cikgu Azizan Abdullah Sadek, Faizal Dahlan dan Nasaruddin.

(berdiri belakang dari kiri) Mohd Zuhdi Mohd Salleh, Mohd Rodzi Osman, Zulhelmee Hashim, Zakaria Shaaban, Najmi Elias dan Zamry Jamaludin.


Gambar tu diambil pada 21 Disember 2007 (lama tu...) sempena 2nd meeting yg dibuat di Dewan Ibnu Khaldun SMKSAB. 1st meeting dulu dibuat pada 7 April 2007 sempena perayaan Jubli Perak sekolah.

Apa yang aku nak komen...? Let us comment about...round about? (cheh...cakap omputeh kunun...toksah la, bahasa berterabor...). Alaaa...pasal gambar tu ja la. Satu persatu.

Mula dgn Fairuz...dengar kata dia ni dah jadi tokeh butik kat Kulim sana. Bagus la...kita doakan dia maju.

Norazizah pulak katanya jadi cikgu kelas jahitan. Semua jahitan dia buleh buat termasuk jahit mulut. Uihhh...bahaya tu.

Norliza, satu-satunya ahli kelab yg tak pernah miss setiap kali meeting. Bukan itu saja, sanggup pula dia sumbang tenaga n tunggu till tamat majlis. Kita patut contohi dia. Jangan jadi mcm sorang dua sahabat kita. Mai lambat, pandai komplen, time buat kerja idong belang dia pun tak nampak. Xcuse manjang...mcm hampeh!

Fatihah dah jadi cikgu di sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam. Kita ada juga cadangkan dia jadi pengetua SMKSAB tapi dia jawab...'hingat SMKSAB tu sekolah ayah aku ka...? Terus kita demam tak kebah tiga hari tujuh malam...

Faizatul Aini...pegawai akaun syarikat swasta di Seberang Jaya. Bab kira duit serah kat dia, jangan serah kat Zuhdi takut dengan duit dengan Zuhdi hilang...

Wan Azimah...pun cikgu gak di Kulim. Dia tak bagitau pulak kat kita sekolah mana tapi kita pasti sekolah tu mesti ada bangunan, murid, bilik guru dan yang penting ada jamban...

Razi...dia ni pun tak melepaskan peluang untuk mengaku dia juga cikgu kat sebuah sekolah rendah di Bakai sana. Tapi kita heran la...masa kat sekolah dulu semua undang-undang dia redah. Langgar disiplin sekolah dan juga asrama. Suka perleceh cikgu. Alih-alih dia juga ditakdirkan cikgu. Padan muka hang...baru hang rasa betapa 'bestnya' jadi cikgu. Tu la...dulu hang buas la ni kena la terima murid yang buas pulak. Bagaimanapun kita harap ke'sivikan'nya dikurangkan sikit bila bergaul dengan kawan-kawan yang kenal hati budi dia...

Cikgu Saad...antara cikgu yang kita sanjung dan respek. Still maintain like 15 years ago. Bravo la cikgu...

Cikgu Shahabudin...satu-satunya pengetua baru SMKSAB yang kita hormat kerana bagi full support terhadap kelab. Terima kasih cikgu, jasamu sentiasa dalam kepala kita...

Cikgu Azizan...ni lagi sorang cikgu yang kita sangat-sangat kagumi. Bekas warden asrama yang banyak mengajar kita jadi manusia. Nampak cool. Baik hati. Penuh ilham. Yang best, bauk dia tetap macam dulu. Tang tu yang mahai tu...Terima kasih cikgu kerana sanggup balik jumpa kita orang. Cikgu Azizan la ni guru besar sebuah sekolah rendah di Langkawi. Tahniah!

Faizal...cikgu jugak! La ni kat sebuah sekolah teknik di Pulau Pinang. Kita tak tau sama ada sekolah yang dia dok tu ajar teknik meniru dalam exam atau teknik mengigau sambil berjalan (dalam makna tu...), teknik bagaimana nak berteknik kat sekolah dia tu. Harap-harap dia tau la teknik nak komen blog ni pulak...

Nasarudin...atau kita panggil dia Din Painai. Kita heran la...dari dulu sampai la ni dia tak pernah besar-besar. Inci pun tak bertambah. Agak-agak ilmu atau petua apa yang dia pakai ekkk...Din ni manusia paling mudah mintak tolong. Bagitau ja nak tulong apa...dia buat. Paling dia suka tulong tengok dan tulong makan...kita jumpa hang siap la Din...kita kutil-kutil tali pusat hang tu...

Zuhdi...makhluk Tuhan paling seksa bukan seksi. Seorang kontraktor. Tegas. Dinamik. Berdisiplin. Bersemangat. Ada jati diri. Berprinsip dan sebagainya tapi semua tu muhong belaka...ha...ha...ha..ha..ha..ha (18x). Sampai la ni dia masih bertanya kat kita 'sapa yang kuang hajaq pi balun moktan aku bawah katil kamar E hostel SMKSAB pada tahun 1984-1986 lalu?'

Rodzi...setiap kali ambik gambar dia ni soheh pas ke belakang. Kita tau la sebab apa. Hang jangan nak berahsia la Rodi oi. Biaq CT Nurhaliza sorang dah la. Tujuan dia tak lain tak bukan ialah melindungi protnya yang comel loteh tu...ha...ha...ha...ha...

Zul...mangkok hayon ni dok ada KL, kota besar di negara kita. Dulu kerja dengan company komputer and the latest kata buat bisnes sindri. Kita pun tak tau bisnes apa dia bikin. Kita harap jangan bisnes jual beli ayam dah la...

Zakaria@Pak Ya...orang besar dah la ni. Sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik memang kena dengan susuk dia yang sentiasa berdiplomasi walaupun dia mempunyai ijazah. Rajin bantu orang. Nak pinjam duit cari dia...dia bukan along, dia cuma nak tulong...apa? Tak caya?

Najmi...bekas juara ping pong sekolah. Slalu pakai seluar londeh. Tapi la ni...masih dok londeh macam tu jugak. Dia ni kita anggap makhluk Allah yang macam takdak pinggang. Jangan buat main, Najmi la ni pegawai enforcement. Ada authority saman dan heret orang ke mahkamah 000...Siap la hang cikgu sivik!

Zamry...kat Malaysia ni macam takdak kerja lain selain cikgu. Dia ni pun cikgu jugak kat sebuah sekolah menengah di Bukit Mertajam. Ramai member kita jadi cikgu. Apa yang bestnya jadi cikgu? Buleh balik awai? Senang buat loan? Mudah bikin overlap? Aku pun tak paham la...

Kita...cuba hangpa cari dalam almari gobok. Kita sembunyi kat situ...ha...ha...ha...ha...ha...

Begitulah entry sulung kita kat blog yang baru dilancarkan sindri oleh kita tanpa tepung tawar apatah lagi riben kaler hijau. So, hangpa semua yang kat luar sana sudi-sudikanlah mengomen apa yang patut. Ingat, KOMEN bukan ROMEN...!!!